Thursday, 31 January 2013

Mencari Konklusi

Dahulunya saya pernah jatuh kerana seorang perempuan . Setiap malam tak kering pipi dengan air mata . Malah ia makin teruk , saya dahulunya gemuk terus menjadi kurus & susut  . Setiap hari fikir apa kekurangan diri ini sehingga tidak diterima oleh gadis yang dulunya saya gilai . Tapi saya masuk kedalam kotak hati saya dan Mencari Konklusi bagi menyelesaikan masalah ini . Saya harus meneruskan hidup & dewasa ini banyak mengajar erti hidup . Mungkin banyak kenangan yang dibina tapi apakan daya , inilah hidup .

Sekarang dia dan saya hanya sekadar kawan tapi masih ada perasaan sayang dan rindu terhadap dia tapi bagaimana perasaan dia pula ??.. Masa berlalu begitu pantas sehinggalah saya berjumpa seorang gadis . Dia biasa-biasa sahaja tapi ada satu sifat yang sempurna dimata saya . Kini , saya sekali lagi perlu Mencari Konklusi untuk menjawab pertanyaan dalam kotak hati ini . Sama-sama , kita tunggu samaada saya mampu untuk mendapatkan jawapan atau kecundang buat kali kedua .



Tuesday, 22 January 2013

Lirik yang membawa kepada kesempurnaan hidup di dunia mahupun akhirat . Insyaallah



Selamat pagi, selamat pagi aku ucapkan
Burung merpati bernyanyi di ruang halaman
Hidup ini indah ku kata, hidup ini indah lawa
Hidup ini indah ternyata

Selamat petang, selamat petang aku ucapkan
Kanak-kanak kecil berlari di ruang halaman
Hidup ini indah ku kata, hidup ini indah lawa
Hidup ini indah ternyata

Asalkan aku ok, duit dalam kocek
Hidup dengan sederhana
Keluarga semua ok, masa depan cantik
Hidup jauh narkoba dunia

Asalkan aku ok, hidup macam taukeh
Teman ada sentiasa
Bernyanyi dan karaoke, kaya macam Datuk K
Hidup tanpa masalah dunia

Hidup mewah tanpa berhutang
Hati bersih tak lupa sembahyang
Inilah kehidupan
Inilah kehidupan

Otak cergas tanpa menipu
Jangan marah-marah tak perlu begitu
Inilah kehidupan
Inilah kehidupan

Asalkan aku ok, duit dalam kocek
Hidup dengan sederhana
Keluarga semua ok, masa depan cantik
Hidup jauh narkoba dunia

Asalkan aku ok, hidup macam taukeh
Teman ada sentiasa
Bernyanyi dan karaoke, kaya macam Datuk K
Hidup tanpa masalah dunia


Lirik ini sedikit sebanyak mengajar erti kehidupan , disamping mengejar dunia kita dituntut supaya jangan melupakan akhirat & Tuhan Yang Maha Esa

Sunday, 20 January 2013

Aku Yang Tersakiti !!!..


Lagu ini memang berkait rapat dengan aku . Memang sukar aku nak lupakan Dia . Dia yang aku kenal pada tahun 2010 . Waktu tu kami baru habis PMR . Sesi persekolahan berbaki tidak kurang sebulan sahaja lagi . Guru kaunseling telah mengatur banyak aktiviti sepanjang waktu itu . Pada suatu hari itu , kawan aku merangkap bekas ketua kelas aku waktu form 1 mula-mulanya hanya ingin main-main nak kenakan aku . Maklumlah , Dia ni budak cerdik , aku ni budak biasa-biasa je . Kawan aku tadi , pergi kearah Dia dan katakan aku sukakan Dia . Aku mula rasa malu . Kawan aku kata lagi "Eh awak , kawan saya , Haziq suka kat awak la" !. "Haziq nak number awak boleh"?. Dia pun senyum lalu beri numbernya . Malam tu juga aku mesej Dia .


Sepanjang perkenalan dengan Dia , aku tak pernah bersedih . Malah aku semakin semangat nak belajar kerana aku nak tunjuk juga yang aku ini boleh lawan dengan Dia . Tapi pertengahan 2011 menjadi titik mula kepada cerita sedih ini . Dia mula kenal & berkawan rapat dengan kawan kelasnya . Kawan kelasnya ini merupakan anak kepada usahawan & keluarganya agak berada . Mungkin itu menjadi faktor kenapa Dia suka kepada budak itu . Tapi aku bersangka baik . Pada mulanya , aku marah juga kat Dia . Aku tak bagi Dia kawan dengan budak tu . Masa itu perasaan aku lain . Tak macam aku suka kat perempuan sebelum ini . Dia pun cakap kat aku "Awak jangan risau , saya takkan jatuh hatinya kat budak tu" . Tapi apa yang berlaku sebaliknya . Malah , Dia pun ada berkata Dia nak fokus kepada pelajaran . Janji hanya tinggal janji . Lama kelamaan , Dia semakin jauh tinggalkan aku . Hari demi hari , mereka pun menjalinkan hubungan . Tapi dalam masa yang sama , Dia masih mesej dengan aku . Aku pun tertanya-tanya , adakah Dia sayang aku atau Dia saja ambil hati aku ??. 

Petikan lirik lagu Judika - Aku Yang Tersakiti 

Pernahkah kau merasa
Jarak antara kita
Kini semakin terasa
Setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya
Teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita
Yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku
Tak pernahkah kau sadari
Akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia
Walau tak bersama dia
Memang tak ‘kan mudah
Bagiku ‘tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia
Tak pernahkah kau sadari
Akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia
Walau tak bersama dia… dia…
Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia
Walau tak bersama dia


Lama-kelamaan , Pakwenya marah Dia kerana mesej aku . Pakwenya tak bagi lagi Dia rapat dengan aku . Malam itu , merupakan mesej yang terakhir . Mesej itu berbunyi begini "Awak , Pakwe saya tak bagi kita berkawan lagi . Saya sayang Pakwe saya sangat-sangat so saya taknak kehilangan dia disebabkan kita berkawan" . Itu kata-kata terakhir Dia . Aku pun membalas mesejnya "Okay , lepas ini saya tak kacau korang dah . Saya harap awak bahagia" . 


Sekarang 2013 , saya masih harap Dia datang kepada saya sebagai kawan pun tidak mengapa . Ini menjadi satu sebab kenapa saya tak berapa gemar nak berkawan rapat @ special dengan perempuan . Setiap kali , bertemu dengannya pasti mulut tertutup , lidah kelu , jantung berdenggup laju . Hari rabu  dua minggu lepas , saya ada bertemu dengannya di pasar malam Cenderawasih . Tapi Dia tidak perasan akan kelibat saya . Mungkin wajah ini tidak lagi menjadi penawar kerinduan hatinya . Tetapi , hati saya kuat mengatakan bahawa Dia memang masih sayangkan saya . Namun , inilah suratan takdir . Saya perlu hidup di alam yang nyata , perlu menerima kenyataan . Mungkin Dia bukan untuk saya . Saya harap , ada perempuan yang mampu menjadi @ mirip seperti Dia .




Spyshots P3-22A @ Preve Hatchback

Sudah hangat diforum-forum kereta terutama di funtasticko.com . Semakin banyak spyshots P3-22A di internet . Pihak Proton semakin giat melakukan percubaan terhadap model ini bagi memuaskan kehendak pengguna . Mengikut info yang ada diforum-forum kereta , model ini mengalami perubahan bahagian hadapan iaitu bumper & grille . Manakala penggunaan rim bersaiz 17 inci , 7 spokes & 5 holes membuatkan rim aloi ini agak menarik . Bahagian belakang sudah tentu diubah 100% kerana ia hatchback . Mengikut info lagi , lampu belakang menggunakan ccfl . Masih menjadi rahsia , berapa variant yang ditawarkan oleh Proton . Setakat ini ada 2 spyshots , 1 berwarna putih dan 1 berwarna hitam . Kemungkinan hitam adalah variant paling tinggi iaitu H-Line . Ini dia ada beberapa keping gambar yang saya cuba kongsikan kepada anda .


KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN BESAR
Hadapan

Belakang

Sisi

Harap anda semua teruja sebagaimana saya teruja akan kedatangan model baru Proton ini . Model ini dijangkakan akan dilancar pada awal tahun 2014 . SAMA-SAMA KITA TUNGGU KEMUNCULANNYA !!!.


Proton Preve Hatchback (Sport Version)

Perrrhh !!!!. Kalau keluar Proton Preve Hatchback nanti , harap ada versi sport . Keluarkan warna kuning dengan rim sukan warna hitam . Mesti ramai anak muda yang akan sambar . *Design yang ini bukan lagi final design . So , JANGAN PERCAYA !!!. 
*Kredit to http://cendolzone.blogspot.com

KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN BESAR
Yellow