Dahulunya saya pernah jatuh kerana seorang perempuan . Setiap malam tak kering pipi dengan air mata . Malah ia makin teruk , saya dahulunya gemuk terus menjadi kurus & susut . Setiap hari fikir apa kekurangan diri ini sehingga tidak diterima oleh gadis yang dulunya saya gilai . Tapi saya masuk kedalam kotak hati saya dan Mencari Konklusi bagi menyelesaikan masalah ini . Saya harus meneruskan hidup & dewasa ini banyak mengajar erti hidup . Mungkin banyak kenangan yang dibina tapi apakan daya , inilah hidup .
Sekarang dia dan saya hanya sekadar kawan tapi masih ada perasaan sayang dan rindu terhadap dia tapi bagaimana perasaan dia pula ??.. Masa berlalu begitu pantas sehinggalah saya berjumpa seorang gadis . Dia biasa-biasa sahaja tapi ada satu sifat yang sempurna dimata saya . Kini , saya sekali lagi perlu Mencari Konklusi untuk menjawab pertanyaan dalam kotak hati ini . Sama-sama , kita tunggu samaada saya mampu untuk mendapatkan jawapan atau kecundang buat kali kedua .
No comments:
Post a Comment