Lagu ini memang berkait rapat dengan aku . Memang sukar aku nak lupakan Dia . Dia yang aku kenal pada tahun 2010 . Waktu tu kami baru habis PMR . Sesi persekolahan berbaki tidak kurang sebulan sahaja lagi . Guru kaunseling telah mengatur banyak aktiviti sepanjang waktu itu . Pada suatu hari itu , kawan aku merangkap bekas ketua kelas aku waktu form 1 mula-mulanya hanya ingin main-main nak kenakan aku . Maklumlah , Dia ni budak cerdik , aku ni budak biasa-biasa je . Kawan aku tadi , pergi kearah Dia dan katakan aku sukakan Dia . Aku mula rasa malu . Kawan aku kata lagi "Eh awak , kawan saya , Haziq suka kat awak la" !. "Haziq nak number awak boleh"?. Dia pun senyum lalu beri numbernya . Malam tu juga aku mesej Dia .
Sepanjang perkenalan dengan Dia , aku tak pernah bersedih . Malah aku semakin semangat nak belajar kerana aku nak tunjuk juga yang aku ini boleh lawan dengan Dia . Tapi pertengahan 2011 menjadi titik mula kepada cerita sedih ini . Dia mula kenal & berkawan rapat dengan kawan kelasnya . Kawan kelasnya ini merupakan anak kepada usahawan & keluarganya agak berada . Mungkin itu menjadi faktor kenapa Dia suka kepada budak itu . Tapi aku bersangka baik . Pada mulanya , aku marah juga kat Dia . Aku tak bagi Dia kawan dengan budak tu . Masa itu perasaan aku lain . Tak macam aku suka kat perempuan sebelum ini . Dia pun cakap kat aku "Awak jangan risau , saya takkan jatuh hatinya kat budak tu" . Tapi apa yang berlaku sebaliknya . Malah , Dia pun ada berkata Dia nak fokus kepada pelajaran . Janji hanya tinggal janji . Lama kelamaan , Dia semakin jauh tinggalkan aku . Hari demi hari , mereka pun menjalinkan hubungan . Tapi dalam masa yang sama , Dia masih mesej dengan aku . Aku pun tertanya-tanya , adakah Dia sayang aku atau Dia saja ambil hati aku ??.
Petikan lirik lagu Judika - Aku Yang Tersakiti
Pernahkah kau merasa
Jarak antara kita
Kini semakin terasa
Setelah kau kenal dia
Jarak antara kita
Kini semakin terasa
Setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya
Teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita
Yang tak ingin ku akhiri
Teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita
Yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku
Tak pernahkah kau sadari
Akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Tak pernahkah kau sadari
Akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia
Walau tak bersama dia
Hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia
Walau tak bersama dia
Memang tak ‘kan mudah
Bagiku ‘tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia
Bagiku ‘tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia
Tak pernahkah kau sadari
Akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia
Walau tak bersama dia… dia…
Hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia
Walau tak bersama dia… dia…
Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia
Walau tak bersama dia
Hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia
Walau tak bersama dia
Lama-kelamaan , Pakwenya marah Dia kerana mesej aku . Pakwenya tak bagi lagi Dia rapat dengan aku . Malam itu , merupakan mesej yang terakhir . Mesej itu berbunyi begini "Awak , Pakwe saya tak bagi kita berkawan lagi . Saya sayang Pakwe saya sangat-sangat so saya taknak kehilangan dia disebabkan kita berkawan" . Itu kata-kata terakhir Dia . Aku pun membalas mesejnya "Okay , lepas ini saya tak kacau korang dah . Saya harap awak bahagia" .
Sekarang 2013 , saya masih harap Dia datang kepada saya sebagai kawan pun tidak mengapa . Ini menjadi satu sebab kenapa saya tak berapa gemar nak berkawan rapat @ special dengan perempuan . Setiap kali , bertemu dengannya pasti mulut tertutup , lidah kelu , jantung berdenggup laju . Hari rabu dua minggu lepas , saya ada bertemu dengannya di pasar malam Cenderawasih . Tapi Dia tidak perasan akan kelibat saya . Mungkin wajah ini tidak lagi menjadi penawar kerinduan hatinya . Tetapi , hati saya kuat mengatakan bahawa Dia memang masih sayangkan saya . Namun , inilah suratan takdir . Saya perlu hidup di alam yang nyata , perlu menerima kenyataan . Mungkin Dia bukan untuk saya . Saya harap , ada perempuan yang mampu menjadi @ mirip seperti Dia .
No comments:
Post a Comment