Sudah hangat diforum-forum kereta terutama di
funtasticko.com . Semakin banyak spyshots
P3-22A di internet . Pihak Proton semakin giat melakukan percubaan terhadap model ini bagi memuaskan kehendak pengguna . Mengikut info yang ada diforum-forum kereta , model ini mengalami perubahan bahagian hadapan iaitu
bumper & grille . Manakala penggunaan
rim bersaiz 17 inci , 7 spokes & 5 holes membuatkan rim aloi ini agak menarik . Bahagian belakang sudah tentu diubah 100% kerana ia
hatchback . Mengikut info lagi , lampu belakang menggunakan
ccfl . Masih menjadi rahsia , berapa variant yang ditawarkan oleh Proton . Setakat ini ada 2 spyshots , 1 berwarna putih dan 1 berwarna hitam . Kemungkinan hitam adalah variant paling tinggi iaitu H-Line . Ini dia ada beberapa keping gambar yang saya cuba kongsikan kepada anda .
KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN BESAR
|
Hadapan
|
|
Belakang |
|
Sisi
|
Harap anda semua teruja sebagaimana saya teruja akan kedatangan model baru Proton ini . Model ini dijangkakan akan dilancar pada awal tahun
2014 . SAMA-SAMA KITA TUNGGU KEMUNCULANNYA !!!.
No comments:
Post a Comment